Pages

Jumaat, 23 Julai 2010

KEHIDUPAN...CINTA, HATI DAN PERASAAN

-

-

Cinta itu milik Allah swt...dan

perasaan cinta adalah anugerah dan nikmat daripada-Nya kepada setiap manusia...

dan kerana-Nya juga manusia saling menyayangi antara satu sama lain.

-

Cinta kepada kedua ibu bapa adalah yang terbaik...kerana

tanpa mereka, kita tidak kenal akan dunia...

tanpa mereka, kita tidak kenal erti cinta.

-

Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan…cemburu,

bimbang, gembira dan sedih.

Cinta datang tanpa disedari dan jika pudar pun, adakalanya kita sendiri pun tidak sedar.

Namun ada juga cinta yang akan terus mekar walaupun orang yang dicintai sudah tiada lagi.

-

Kerana cinta,manusia akan melakukan apa sahaja

untuk insan yang dicintainya...biarpun terpaksa berkorban

Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya

dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya.

-

Tanpa cinta, ibarat hidup manusia tiada cita-cita…

tanpa cinta, manusia akan menjadi buta hatinya..

tanpa cinta, tiada kehidupan

-

Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau juga mungkin berkali-kali…

terpulanglah bagaimana kita menikmatinya.

Paling penting kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai.

-

Percayalah...cinta itu sebenarnya indah kalau kita bersedia

untuk menikmatinya dan tahu untuk menghargainya.

Manusia yang tidak gembira dengan cinta adalah disebabkan

mereka tidak menghargai cinta yang hadir dalam hidup mereka.

-

Benar, jodoh telah ditetapkan... tapi

kita diberi akal, hati dan perasaan untuk memilih dan membuat keputusan.

Islam memberi kebebasan untuk manusia mencorak kehidupan sendiri...

kebebasan untuk menuntut ilmu dan

kebebasan dalam memilih pasangan hidup asalkan tidak melampaui batas.

-

Kita cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,

satu jam untuk menyukai seseorang,

satu hari untuk menyintai seseorang tetapi...

ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang

-

Benar kata orang, memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah

satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali!

Peritnya rasa jika merindui seseorang dan menyedari yang kita tidak mampu untuk memilikinya.

-

Mungkin sebelum ini Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah

sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,

kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberiaan dan hikmah

di sebalik pemberian tersebut.

-

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,yang lain akan terbuka tapi

lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan

kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

-

Memang benar...

Kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya

dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila dirimu teramat rindukan seseorang

sehingga ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

-

Mimpilah apa yang ingin kamu mimpikan,... pergilah ke mana-mana yang ingin kamu tujui dan

jadilah apa yang kamu inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang

untuk melakukan semua yang ingin kita lakukan.

-

Semoga dikau memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan dirimu menarik,

percubaan yang cukup untuk membuatkan dirimu kuat,

kesedihan yang cukup untuk memastikan dirimu adalah insan dan

harapan yang cukup untuk membuatkan dirimu bahagia.

-

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,..

Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang hadir di dalam setiap

perjalanan hidup mereka.

-

Adakalanya...kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,

mereka yang terluka,

mereka yang telah mencari dan

mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang

telah menyentuh hidup mereka.

-

Ingatlah semasa kita dilahirkan..

Kita menangis dan orang di sekeliling tersenyum.

Teruskanlah hidup...supaya apabila kita ‘pergi’ nanti,

Kitalah yang akan tersenyum dan orang di sekeliling kita pula yang akan menangis...

-

- TIADA LAGI AKU –

-

Dalam sebuah Hadis Qudsi dijelaskan bhw Allah berfirman:

“Barang siapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas

bencana yang aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain daripada-Ku”.

(HR. Thabrani)

-

Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan tuhan kepadanya (untuk menimbang

dan mengambil mana satu yang ia pilih).

(Abasa : 20)

-

RUDDY HANAFFIE ISMAIL

Related Posts with Thumbnails